Lawatan Tapak dan Sebut Harga Bertulis untuk Projek Anda

Satu Kontraktor untuk CCTV, Server dan Ubah Suai Bangunan

Kami menjalankan lawatan tapak, menyediakan proposal bertulis dengan harga terperinci bagi setiap item, dan melaksanakan kerja sehingga serahan. Untuk sekolah, agensi kerajaan, syarikat dan kediaman.

WhatsApp Kami →

Narasi Bahasa Melayu dengan sari kata

  • 11+Tahun Pengalaman
  • 100%Milik Bumiputera
  • 259+Projek Siap
  • 110,851+Km Perjalanan ke Tapak Projek

Antara Organisasi yang Pernah Kami Bekalkan

  • Universiti Kebangsaan Malaysia
  • MARDI
  • MADA
  • Open University Malaysia
  • Hospital Islam Az-Zahrah
  • Ikatan Muslimin Malaysia
  • Ingress Auto
  • Sapura Auto
  • Maahad Tahfiz Al-Fateh
  • Kelstone Sdn Bhd
  • Indkom Engineering
  • VitaHealth
  • Geoventure Solution
  • Nuuha Beauty

Dapatkan Sebut Harga Percuma

Lengkapkan tiga langkah ringkas. Maklumat anda akan disediakan dalam mesej WhatsApp, dan pasukan kami akan menghubungi anda untuk langkah seterusnya.

  • Lawatan TapakKami menilai keadaan tapak dan keperluan sebenar anda.
  • Proposal BertulisSkop, spesifikasi, jadual dan harga bagi setiap item.
  • Satu KontraktorKerja IT dan binaan diuruskan di bawah satu kontrak.

Borang Sebut Harga

Langkah 1 daripada 3

Apakah jenis kerja yang diperlukan?

Keselamatan, IT dan Binaan oleh Satu Pasukan

Tidak perlu melantik beberapa kontraktor untuk satu projek. Kami menguruskan setiap peringkat, dari reka bentuk hingga serahan.

Juruteknik melaraskan NVR di bilik keselamatan dengan paparan 16 kamera CCTV
01 / 06

CCTV & Keselamatan

Reka bentuk liputan kamera, pemasangan, sistem rakaman dan akses jarak jauh. Termasuk tapak tanpa bekalan elektrik melalui sistem solar dan sambungan wayarles.

  • IP / PoE
  • PTZ
  • NVR
  • Solar
  • Akses Jarak Jauh
Juruteknik memeriksa tiang CCTV solar dengan antena 4G di tapak kuari berhampiran hutan
02 / 06

CCTV Solar & Tapak Jauh

Sistem CCTV berkuasa solar dengan bateri sandaran dan sambungan 4G atau Starlink, untuk tapak yang tiada bekalan elektrik atau talian internet. Rakaman boleh dipantau dari pejabat atau telefon pintar.

  • Panel Solar
  • Bateri LiFePO4
  • 4G / Starlink
  • Pemantauan Awan
Juruteknik memasang terminal pengecaman wajah di pintu kaca lobi fakulti
03 / 06

Akses Pintu & Kehadiran

Sistem akses pintu dengan pengecaman wajah, kad RFID atau papan kekunci, berserta kunci magnet, butang kecemasan dan rekod kehadiran staf. Boleh digabungkan dengan CCTV dan rangkaian sedia ada.

  • Pengecaman Wajah
  • RFID
  • Kunci Magnet
  • Rekod Kehadiran
Juruteknik mengkonfigurasi rak server dengan pendawaian rangkaian yang tersusun
04 / 06

Server & Rangkaian

Pembekalan dan pemasangan server on-premise, rangkaian pejabat, WiFi dan pendawaian berstruktur. Pakej spesifikasi bertingkat disediakan untuk membantu anda membuat pilihan.

  • Server On-Premise
  • Rak & UPS
  • LAN / WiFi
  • Pendawaian
Pasukan Fix & Go menyiapkan ubah suai bilik darjah tadika
05 / 06

Ubah Suai Bangunan

Ubah suai tadika, dapur, stor, bilik darjah dan pejabat. Setiap skop kerja disenaraikan secara terperinci supaya tiada kos tersembunyi pada akhir projek.

  • Dapur
  • Kelas & Tadika
  • Stor
  • Pejabat
Jurutera memeriksa padang bola sekolah yang siap dengan saliran subsoil
06 / 06

Padang & Kerja Sivil

Pembinaan padang bola dengan sistem saliran bawah tanah (subsoil), perataan tanah dan landskap untuk sekolah dan institusi.

  • Padang Bola
  • Saliran Subsoil
  • Perataan Tanah
  • Landskap

Projek dari Pulau Payar hingga Tawau

Sejak 2015, kami telah menyiapkan lebih 259 projek untuk sekolah, universiti, masjid, agensi dan syarikat. Berikut sebahagian daripadanya, mengikut lokasi.

1235109486771112

259+projek

lokasi projek di seluruh Malaysia sejak 2015

  • Taburan projek
  • Projek pilihan

Nenggiri, Gua MusangKelantan

CCTV solar 4G di tapak perlombongan, dipantau dari ibu pejabat, dengan kontrak penyelenggaraan tahunan.

Klien
Kelstone
Peralatan
Milesight, TP-Link VIGI, MPPT, 4G LTE
  • Rakan RasmiTP-Link
  • Rakan RasmiMilesight

Jenama yang Kami Pasang dan Selenggara

  • Hikvision
  • Dahua
  • TP-Link
  • VIGI
  • HPE Aruba Networking
  • Milesight
  • Synology
  • ZKTeco

Harga Terperinci bagi Setiap Item

Proposal kami menyenaraikan peralatan, kerja dan kos secara berasingan, tanpa istilah "termasuk" yang kabur. Mudah dibandingkan dan dibentangkan kepada pihak pengurusan.

Lihat contoh untuk:
Dapatkan Proposal Seperti Ini
Fix & Go IT SpecialistBandar Baru Bangi, Selangor
SEBUT HARGASebut Harga Sebenar
ProjekNaik Taraf CCTV 16 Kamera, Surau
SkopCCTV & Keselamatan
ItemKuantitiJumlah (RM)
Kamera Mini Bullet 5MP (Hikvision DS-2CE16H0T-ITF)16 unit2,560
Cakera Storan 2TB & Bekalan Kuasa 18 Saluran1 set645
Pendawaian Kabel, Termasuk Laluan Lanjutan1 lot3,100
Stesen Pemantauan: Monitor 32" FHD, Rak 6U & Pendakap1 set1,540
UPS, Penstabil Voltan & Pelindung Lonjakan1 set510
Pemasangan & Konfigurasi1 lot600
Jumlah Sebut HargaRM 8,955

Daripada sebut harga sebenar (nama klien dirahsiakan). Harga semasa bergantung kepada tapak dan model peralatan.

Dari Lawatan Tapak hingga Serahan

Proses kerja yang jelas memastikan anda mengetahui perkembangan projek dari hari pertama.

  1. Jurutera membuat pengukuran semasa lawatan tapak di sekolah
    Langkah 1

    Lawatan Tapak

    Kami membuat pengukuran, merekod keadaan tapak dan memahami keperluan sebenar anda.

  2. Perunding Fix & Go menerangkan proposal bertulis kepada klien
    Langkah 2

    Proposal Bertulis

    Skop, spesifikasi, jadual dan harga terperinci, dengan pilihan pakej mengikut bajet.

  3. Pasukan Fix & Go menyiapkan ubah suai bilik darjah tadika
    Langkah 3

    Pelaksanaan

    Kerja diselia oleh pasukan kami sendiri, dengan laporan kemajuan secara berkala.

  4. Juruteknik menunjukkan paparan CCTV di tablet kepada pengetua sekolah
    Langkah 4

    Serahan & Waranti

    Ujian bersama, taklimat penggunaan dan sokongan selepas projek siap.

Pelanggan yang Kami Bantu

Kami menyokong organisasi yang memerlukan dokumentasi lengkap dan pemilik kediaman yang mengutamakan pemasangan yang kemas.

  • Juruteknik Fix & Go memasang kamera CCTV di koridor bangunan sekolah

    Sekolah & Tahfiz

    Proposal lengkap untuk lembaga sekolah, PIBG atau penderma, termasuk CCTV, WiFi dan stesen pemantauan.

  • Juruteknik memasang titik akses WiFi di koridor kampus universiti

    Universiti & IPT

    Kawalan akses pintu, CCTV dan rangkaian untuk fakulti, klinik dan makmal.

  • Juruteknik tiba di bangunan agensi kerajaan

    Agensi Kerajaan & GLC

    Pakej rintis dan pelaksanaan berperingkat mengikut peruntukan tahunan.

  • Juruteknik memasang kamera CCTV di serambi surau

    Masjid & Surau

    CCTV, stesen pemantauan dan UPS untuk ruang solat, serambi dan kawasan letak kereta.

  • Juruteknik mengkonfigurasi rak server dengan pendawaian rangkaian yang tersusun

    Syarikat, Klinik & PKS

    Rangkaian, NAS, sistem kehadiran dan keselamatan untuk pejabat, kilang dan cawangan.

  • Juruteknik memasang kamera CCTV di porch rumah teres

    Kediaman

    Sistem CCTV kediaman dengan pemasangan kemas dan akses melalui telefon pintar.

Soalan Lazim

Tidak menemui jawapan yang dicari? Hubungi kami melalui WhatsApp.

Tanya melalui WhatsApp
Adakah lawatan tapak dikenakan bayaran?

Lawatan tapak dan sebut harga di sekitar Lembah Klang adalah percuma. Bagi lokasi yang jauh, kos perjalanan akan dimaklumkan lebih awal.

Berapa lama untuk menerima sebut harga?

Selepas lawatan tapak, proposal bertulis lazimnya siap dalam beberapa hari bekerja, bergantung kepada saiz projek dan sebut harga pembekal.

Bolehkah projek dilaksanakan secara berperingkat?

Boleh. Kami menyediakan pakej rintis atau fasa pertama yang sesuai dengan bajet semasa, berserta pelan untuk penambahan kemudian.

Bagaimanakah terma bayaran?

Bayaran dibuat secara berperingkat mengikut kemajuan kerja, dan terma tersebut dinyatakan dengan jelas dalam proposal sebelum anda bersetuju.

Adakah waranti disediakan selepas projek siap?

Ya. Peralatan dan kerja pemasangan lazimnya dilindungi waranti 12 bulan, dan sesetengah peralatan membawa waranti pengeluar yang lebih panjang. Tempoh bagi setiap item dinyatakan dalam proposal.

Adakah anda menawarkan penyelenggaraan selepas projek siap?

Ya. Kami menawarkan kontrak penyelenggaraan tahunan yang merangkumi lawatan pemeriksaan di tapak dan penyelesaian masalah, serta pilihan sambungan 4G dan sandaran awan bagi sistem CCTV di tapak jauh.

Kawasan manakah yang diliputi?

Pejabat kami di Bandar Baru Bangi. Kami telah melaksanakan projek di seluruh Semenanjung, termasuk Pulau Payar, Kelantan dan Terengganu, serta di Labuan dan Tawau, Sabah.

Mulakan dengan Lawatan Tapak

Kongsi keperluan projek anda melalui borang atau WhatsApp. Kami akan mengatur lawatan tapak pada masa yang sesuai untuk anda.

Juruteknik menunjukkan paparan CCTV di tablet kepada pengetua sekolah
WhatsAppSebut Harga