Kalau ada laptop gaming atau PC yang digunakan untuk main game, kat mana nak simpan game ni? Di dalam SSD atau hard disk?
Soalan ini selalu ditujukan kepada kami. Dan jawapan kepada soalan ini adalah sangat subjektif. Ini kerana, ianya bergantung kepada kapasiti SSD tersebut dengan ruang yang telah digunakan. Bagaimana cara nak tentukan?
BEGINI CARANYA!
1. Tentukan berapakah saiz kapasiti SSD yang anda gunakan. Adakah 120GB? 240GB? atau 480GB?
2. Berapa banyakkah kapasiti yang sudah digunakan dalam SSD tersebut?
SSD berkapasiti kecil
Cadangan kami adalah, Jikalau SSD tersebut bersaiz 240GB dan kebawah, disyorkan game-game tersebut diletakkan didalam HDD. Ini kerana SSD tersebut akan perlahan selepas 75% penggunaan dan ianya juga akan mengurangkan jangkahayat SSD.
SSD berkapasiti besar
Bagi SSD bersaiz 480GB keatas, pastikan penggunaan kapasiti SSD tidak melebihi 50%, kerana game sudah semestinya bersaiz besar.
Tetapi, bukan semua game bagus diletakkan SSD.
Game apa yang selalu anda main?
Pilih game yang mana anda selalu buka dan letakkannya didalam SSD. Ianya akan menambahbaik masa digunakan untuk membuka game atau fail tersebut.
Perlukan khidmat nasihat komputer, IT dan network?
📲 Hubungi kami di
linktr.ee/fixandgo
+603-3310 0007
#ssdupgrade #ssdgaming #laptopgaming #gaminglaptop #harddrive