Fix & Go manfaatkan kepakaran Korea Selatan bagi perluas servis pemulihan data di Malaysia

Fix & Go manfaatkan kepakaran Korea Selatan bagi perluas servis pemulihan data di Malaysia

CEO Fix & Go, Ts. Mohd Haaziq bersama CEO Myung IT Technologies, Lee Myung Jae semasa sesi pertemuan khas.

SHAH ALAM, (Bernama)– Fix & Go, syarikat berkaitan teknologi maklumat (IT) yakin keperluan servis pemulihan data (data recovery) di Malaysia bakal meningkat seiring dengan perkembangan teknologi yang menuntut kepentingan data dipelihara dan dipulih semula bagi terutamanya bagi menangani isu berkaitan keselamatan dan undang-undang.

Ketua Pegawai Eksekutif Fix & Go Mohd Haaziq Mohd Yusof berkata selaras dengan perkembangan teknologi internet dan adaptasi pengguna terhadap teknologi dan pendigitalan banyak data-data disimpan secara digital di dalam cakera keras (hard disk), pemacu kilat USB dan sebagainya.

“Keperluan kepada pemulihan data akan meningkat dan kami mengambil ini sebagai tanggungjawab kami untuk menyumbang kepada negara,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata Fix & Go yang mempunyai 11 tahun pengalaman dalam bidang penyelesaian IT kini giat merancang untuk memperluas perkhidmatannya kepada individu, pihak swasta dan kerajaan serta pihak berkuasa melalui pembukaan Deca Data Recovery Clinic awal tahun ini.

”Klinik yang terletak di Bangi adalah satu-satunya syarikat di Malaysia yang menjadi “Official Partner Designated Company“ kepada Myung Information Technologies, sebuah syarikat Korea yang merupakan kelima terbaik di dunia bagi teknologi pemulihan data,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Bersama Jurulatih kami sepanjang latihan komprehensif pemulihan data di Korea.

Beliau berkata pencapaian tersebut merupakan pelengkap kepada syarikat itu untuk meneruskan perniagaan dalam industri tersebut susulan latihan komprehensif selama 15 hari di Korea yang dijalani juruteranya dengan syarikat tersebut bagi pemindahan teknologi pemulihan data Korea ke Malaysia.

“Myung Information Technologies memulakan servis pemulihan data dan pembaikan hard disk drive (HDD) sejak 1993 sering membantu kerajaan Korea melalui krisis nasional berkaitan dengan sistem komputer dan data dan kita berbangga dapat meraih kepakaran dari syarikat tersebut,” katanya.

Selain itu, Fix & Go juga telah diberi kepercayaan oleh CyberSecurity Malaysia sebagai satu-satunya syarikat di Malaysia yang diberi lesen sejak dua tahun lalu untuk mengoperasikan perkhidmatan servis pemulihan data secara sah negara ini.

“Melalui pengiktirafan ini juga syarikat kami diberi hak untuk membeli peralatan khas bagi kerja-kerja pemulihan data yang mana peralatan yang berharga sekitar RM70,000 itu tidak boleh sewenang-wenangnya di jual di pasaran kerana merupakan peralatan yang dikawal pihak berkuasa,” katanya.

Katanya berbanding penyedia perkhidmatan pemulihan data yang lain, Deca Data Recovery Clinic adalah syarikat yang mempunyai kepakaran profesional berlandaskan integriti dan prosedur operasi standard terutamanya berkaitan data privasi pelanggan.

Mohd Haaziq merupakan graduan Kejuruteraan Komputer dan Maklumat dari Universiti Inha Korea Selatan juga menyasarkan untuk menembusi pasaran Asia Tenggara dalam tempoh lima tahun akan datang dan mengalu-alukan usahawan yang berminat untuk melabur dengan syarikat itu.

Artikel oleh : Norsyafawati Ab. Wahab , Bernama

About Fix & Go

We will help your organization find the best IT solutions to meet your business strategy.

Headquater

No 10B, Medan Pusat Bandar 1, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia

+603 8923 1058
[email protected]

Office Hours
Mon - Fri 08:30 - 17:30

Outlet

No. 1, Jalan Medan Pusat Bandar 3A, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia

+603 3310 0007
[email protected]

Store Hours
Mon - Sat 09:00 - 18:00