Panduan Memilih CCTV Untuk Premis Anda

Panduan Memilih CCTV Untuk Premis Anda

Beringat sebelum kena!

Dengan kes kecurian dan jenayah yang semakin meningkat, kamera litar tertutup (CCTV) bukan menjadi kehendak, tetapi merupakan keperluan.  Ada pelbagai jenis pilihan CCTV di pasaran namun adakah anda tahu yang mana terbaik untuk anda?

Hari ini kami akan berkongsi aspek yang perlu diambil kira apabila ingin memasang CCTV di rumah atau pejabat atau premis seperti surau, masjid dan juga kafe.

Adakah anda ingin menggunakan CCTV di luar bangunan atau di dalam bangunan?

Tempat yang biasa kita pasang CCTV outdoor adalah pada pintu masuk, pintu gelangsar, beranda dan pagar. Untuk kamera CCTV outdoor anda perlu mencari kamera yang jenis tahan dengan pelbagai cuaca seperti panas matahari, debu dan tahan hujan. Kamera ini biasanya mempunyai perlindungan khas daripada vandalisme dan weatherproof.   Ciri lain yang perlu dilihat samada kamera tersebut mempunyai infra red dan night vision yang membolehkan rakaman video yang jelas pada waktu malam.

Contoh kamera yang biasa digunakan outdoor adalah bullet camera yang berbentuk peluru.

Untuk kamera yang digunakan di dalam bangunan (indoor) untuk pemantauan secara am seperti kawasan ruang tamu di rumah atau ruan solat di masjid biasanya lebih berharga lebih murah dan rekabentuk lebih asas.

CCTV yang kami pasang di sebuah surau di Bandar Baru Bangi berjaya merakam pencuri tabung masjid pada waktu malam. Pelanggan membuat pemasangan CCTV bersama motion sensor light.

Nak guna kabel atau wireless?

Kamera CCTV menggunakan kabel biasanya mempunyai rakaman yang lebih jelas dan konsisten kerana kurang mempunyai masalah sambungan internet.

Kamera CCTV wireless akan merekod dan menghantar video melalui sambungan WiFi. Kamera ini tidak memerlukan kabel untuk sambungan internet dan rekod video, tapi masih memerlukan kabel tenaga.

Ada juga yang menggunakan jenis bateri yang digunakan di ruangan rumah. Kamera CCTV wireless juga lebih mudah dipasang dan dialihkan ke lokasi yang baru. Akan tetapi, sistem kamera wireless juga berkemungkinan diakses oleh penceroboh dengan memasuki sambungan WiFi anda. Jadi pastikan anda tingkatkan keselamatan jaringan internet anda.

Pemasangan kamera CCTV Hikvsion di Surau

Bagaimana cara anda ingin melihat rakaman CCTV?

Selain dari kualiti dan jenis kamera, faktor lain yang perlu dilihat adalah di mana anda ingin melihat rakaman video ini.  Kamera CCTV akan disambungkan pada Digital Video Recording (DVR)  atau Network Video Recorder (NVR)  yang akan menyimpan fail rakaman dan anda boleh menonton video rakaman di monitor.

Kebanyakan sistem CCTV  sekarang juga menyediakan remote viewing pada telefon pintar dan juga komputer. Jika anda ingin memantau keadaan pada masa tertentu walaupun berada jauh dari premis, pastikan anda mendapat CCTV yang disertai dengan remote viewing ini. 

Pemasangan kamera CCTV di premis Tadika. Boleh dipantau menggunakan monitor dan telefon pintar.

Contoh-contoh kamera CCTV yang anda boleh pilih.

  1. Kamera berbentuk kubah(dome) – mempunyai kubah yang melindungi kamera dan sesuai digunakan dalam rumah dan pejabat. 
  2. Kamera berbentuk peluru (bullet) – lebih kecil dan kemas,biasanya dipasang outdoor
  3. Kamera infra-red – Infra red membolehkan pemantauan pada waktu malam. Semakin banyak titik infrared, semakin jelas kecerahan gambar.
  4. Kamera PTZ – mempunyai ciri pan-tilt-zoom yang membolehkan kamera berpusing 180 – 360 darjah dan sesuai untuk pengawasan yang lebih menyeluruh.
Contoh pemasangan kamera CCTV TP-Link jenis bullet di luar premis kedai runcit

Elemen lain kamera CCTV yang anda perlu semak

  1. Cari kamera resolusi tinggi. Semakin tinggi pixels kamera tersebut, kualiti rakaman semakin jelas.Kamera yang terbaik boleh memberikan resolusi 1080p ke 4K Ultra HD Definition.  Ini penting untuk tujukan rakaman pergerakan kakitangan di kaunter bayaran di kedai atau pengecaman muka, nombor plat kereta dan lain-lain. 
  1. Kamera night vision – Untuk pemantauan pada waktu malam yang tiada cahaya langsung dan kurang cahaya, dapatkan kamera yang mempunyai infra red night vision.
  1. Motion detection : Kamera ini hanya membuat rakaman apabila mengesan pergerakan dan sesetengah ketetapan kamera, anda akan menerima notifikasi apabila wujud pergerakan. Ini juga dapat menjimatkan ruang storan apabila hanya rakaman yang penting sahaja yang disimpan.

Perlukan bantuan dalam memilih kamera CCTV untuk premis anda? 

Hubungi kami di 03 3310 0007
Kami menyediakan khidmat pemasangan CCTV di kawasan Selangor seperti Bangi, Kajang, Seri Kembangan, Sepang , Cyberjaya termasuk Putrajaya. Kami merupakan authorised reseller bagi barangan TPLink dan Hikvision.

Cara memilih CCTV

About Fix & Go

We will help your organization find the best IT solutions to meet your business strategy.

Headquater

No 10B, Medan Pusat Bandar 1, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia

+603 8923 1058
[email protected]

Office Hours
Mon - Fri 08:30 - 17:30

Outlet

No. 1, Jalan Medan Pusat Bandar 3A, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia

+603 3310 0007
[email protected]

Store Hours
Mon - Sat 09:00 - 18:00