Berapa lama pakai password tu?

Photo from Kaspersky

Antara kesilapan yang biasa dilakukan oleh pengguna di atas talian
1) Tidak pernah menukar password.

Jangan guna password yang sama bertahun-tahun. Kita tidak tahu bila akaun kita terdedah kepada penjenayah siber. Jadi ubah password secara berkala.


2) Menggunakan password yang sama untuk pelbagai akaun online.

Walaupun lebih mudah untuk ingat satu password untuk banyak jenis akaun, ingat perkara ini. Kalau satu akaun terkena, akaun-akaun lain pun boleh terkesan juga. Password akaun bank jangan sama dengan password bermain game pula.

Penggodam senyum sinis je kalau jumpa password anda ini. Jadi cepat-cepat insaf dan terus berubah.

Pakar IT mencadangkan pengguna sebaiknya menukar kata laluan (password) setiap 6-9 bulan bergantung kepada jenis akaun, berapa kerap akaun tersebut diakses, password anda lemah dan selepas situasi-situasi yang mencurigakan berlaku.

TUKAR PASSWORD APABILA ADA RED FLAG INI
❗️Anda mendapat notifikasi unauthorised access
❗️ Anda syak ada phishing atau malware pada komputer anda
❗️ Berlaku security breach pada platform tersebut

Semoga info ini bermanfaat

About Fix & Go

We will help your organization find the best IT solutions to meet your business strategy.

Headquater

No 10B, Medan Pusat Bandar 1, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia

+603 8923 1058
[email protected]

Office Hours
Mon - Fri 08:30 - 17:30

Outlet

No. 1, Jalan Medan Pusat Bandar 3A, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia

+603 3310 0007
[email protected]

Store Hours
Mon - Sat 09:00 - 18:00