Habuk komputer dari seorang perokok memang senang dikenalpasti dengan bau dan jenis habuknya.
Apabila ada orang yang merokok berdekatan dengan komputer, samada laptop atau PC, asap akan memasuki komputer. Habuk dan tar rokok akan melekat pada bahagian dalam komputer akan menyebabkan tersumbat dan menganggu ventilation.
Komputer susah bernafas dengan habuk-habuk setebal ini yang menurunkan cooling efficiency. Haba yang berlebihan akan merosakkan motherboard dan graphic card dan juga storan media anda.
Ingat, overheat adalah musuh komputer anda!
Pihak Fix & Go telah membuat internal cleaning pada CPU komputer ini. Dari habuk sangat yang tebal sehingga nampak cantik berseri-berseri.
Bagaimana nak menjaga komputer dengan baik?
- Kami sarankan untuk jauhkan aktiviti merokok sambil menggunakan komputer atau duduk berdekatan komputer.
- CPU yang terletak di lantai dan karpet lebih mudah memerangkap habuk berbanding CPU berada di meja. Jadi sebaiknya letak CPU di bahagian yang lebih tinggi dan pengudaraan yang baik.
- Bulu binatang peliharaan juga boleh memasuki CPU sekiranya anda membela binatang di rumah.
- Kerapkan melakukan internal cleaning PC setiap 6 -12 bulan sekiranya anda terdedah pada persekitaran yang kotor dan kawasan industri, merokok, mempunyai binatang peliharaan.
Kalau komputer yang terkena asap rokok pun dah macam ni. Bagaimana pula dengan paru-paru kita yang mennyerap secara langsung asap rokok yang penuh dengan bahan toksik ini?
Komputer rosak boleh diganti baru, tapi badan kita ada satu je, takda spare part jual kat kedai tuan-tuan.
Jom iltizam jadi lebih sihat sempena tahun baru ni. Komputer sihat, badan pun perlu lagi sihat.
Hubungi kami untuk service, repair dan upgrade komputer :
Hanya call atau Whatsapp kami :
03 3310 0007 atau klik linktr.ee/fixandgo