Bencana seperti banjir, kebakaran, gempa bumi dan lain-lain tidak mudah untuk dijangka apatah lagi untuk menahan ia daripada berlaku. Peristiwa banjir yang melanda beberapa negeri seperti Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan baru-baru ini telah membuka mata kita, supaya lebih berjaga-jaga untuk menghadapi gelombang banjir bukan sahaja dari persediaan untuk rumah dan kereta kita, tetapi juga kepada hasil kerja kita yang disimpan pada komputer kita.
Bayangkan anda mempunyai simpanan data yang banyak; dan anda hanya menyimpan data anda pada satu komputer atau hard disk semasa bencana tersebut berlaku di rumah anda. Betapa besarnya kerugian yang anda alami apabila peranti yang menyimpan data itu rosak! Pada masa itu barulah anda sedar, anda perlu menyimpan data di beberapa peranti dan di beberapa tempat yang selamat.
Perkara ini sangat penting untuk diberi perhatian samada anda menguruskan syarikat, atau anda merupakan jurugambar professional atau mungkin seorang penyelidik dengan pelbagai jenis data yang penting.
Bagaimana anda boleh menjaga data dan membuat sandaran (backup) sebelum bencana tiba?
Cara yang paling asas apabila melakukan backup adalah merujuk kepada Peraturan Backup 3-2-1.
Peraturan Backup 3-2-1
Peraturan 3-2-1 bermaksud sekurang-kurangnya ada 3 salinan data atau fail anda yang disimpan pada 2 media penyimpanan berbeza, dan 1 lagi data disimpan pada lokasi berbeza.
3 salinan data (3 Copies). Buat sekurang-kurangnya 3 salinan untuk fail penting anda. Sekiranya mampu, boleh copy ke dalam beberapa versi juga.
2 media penyimpanan data. Data boleh disimpan pada 2 peranti berbeza.Contohnya satu salinan utama di laptop. Salinan ke-2 boleh disimpan pada external hard disk atau laptop lain atau pendrive.
1 salinan off-site. Salinan ke-3 hendaklah disimpan pada lokasi yang berbeza dari 2 salinan yang lain. Mungkin di bangunan lain atau kawasan daerah yang lain. Cara yang paling mudah untuk individu, pelajar atau usahawan baru adalah menggunakan Cloud-based storage seperti Google Drive.
Satu lagi point penting, jadikan proses backup data sebagai proses yang rutin, bukan dibuat sekali sahaja. Bencana sukar dielak, tapi kita boleh rancang penyimpanan data yang selamat lebih awal.
Sediakan payung sebelum hujan.
Backup data sebelum bencana.
Bagi syarikat SME atau business yang mempunyai simpanan data yang banyak, Fix & Go menawarkan khidmat sistem Network Attached Storage(NAS), Server management dan Data recovery dan Data Sanitization.
**********************
Hubungi Fix & Go hari ini.
Call 03 3310 0007 atau klik linktr.ee/fixandgoWebsite : www.fixandgo.my