Apabila bencana banjir berlaku, yang lebih utama adalah menyelamatkan nyawa dahulu. Dalam keadaan kecemasan, kita tak mampu untuk menyelamatkan harta seperti kereta, alat elektrik dan elektronik seperti PC dan laptop. Namun setelah banjir surut dan kita boleh cuba selamatkan atau baiki komputer atau laptop yang ditelenggami air dengan beberapa langkah.
1. Jangan switch on laptop terlebih dahulu.
Jangan switch on laptop, jangan sambungkan kepada charger dan sekiranya menggunakan removable battery, tanggalkan bateri supaya air tidak mengenai litar elekrik. Tanggalkan sambungan kepada peranti lain seperti external hard disk dan kabel-kabel sekiranya ada.
Laptop yang basah, laptop yang tertumpah air, laptop yang tenggelam dalam banjir sangat berbahaya untuk dipasang dalam keadaan basah. Jaga keselamatan anda yang lebih utama!
2. Keringkan bahagian luar laptop dengan kain.
Anda boleh menggunakan kain untuk lap dahulu di bahagian luar laptop termasuk lubang port. Cuba serap air pada keyboard sehabis mungkin.
3. Buka casing laptop dan keringkan parts di dalamnya.
Sekiranya ada cukup peralatan, buka casing laptop dan asingkan komponen yang utama terutamanya motherboard dan internal battery. Laptop yang kotor dengan air lumpur boleh dicuci dengan menggunakan alkohol atau buat chemical cleaning.
4. Terbalikkan laptop anda seperti bentuk khemah untuk mengeluarkan air yang terkumpul di dalam dan letakkan di tempat yang rata semalaman.
Letakkan laptop anda di atas tempat yang rata dan beralas kain untuk menyerap air yang turun. Walaupun air telah berhenti turun selepas beberapa ketika, anda perlu biarkan laptop anda kering semalaman. Elak guna udara panas dari hair dryer untuk mengeringkan laptop. Jangan jemur di bawah matahari bajet seperti menyidai baju.
5. Walaupun di bahagian luar nampak kering, air mungkin masih ada lagi di bahagian dalam. JANGAN SWITCH ON LAPTOP INI LAGI!
Laptop anda akan mungkin dapat short circuit yang akan merosakkan parts di dalam. Sekali dah sampai motherboard, memang habislah laptop tu.
6. Bawa laptop ke kedai komputer untuk diperiksa oleh juruteknik samada perlukan sedikit penyelenggaraan atau mungkin ia perlukan repair yang berkos tinggi seperti motherboard dan LCD.
Pembaikian laptop yang telah terendam dengan banjir boleh jadi agak rumit kerana banyak komponen yang terkesan.
Dalam keadaan di mana laptop mungkin tidak dapat diselamatkan walaupun setelah melakukan langkah-langkah di atas, anda boleh cuba untuk mendapatkan data penting dalam hard disk laptop yang terkena banjir di pusat data recovery seperti Fix & Go.
Semoga ilmu ini bermanfaat untuk anda. Share kepada kawan-kawan yang terkesan dengan banjir.
**********************
Hubungi Fix & Go untuk khidmat data recovery. Kami cover satu Malaysia.
Call 03 3310 0007 atau klik linktr.ee/fixandgoWebsite : www.fixandgo.my