Team Fix & Go menghadiri Majlis Penyerahan Bantuan Peralatan Pembelajaran untuk Warga MMU & Warga TM pada 6 April lepas. Kami sangat berbesar hati dapat membekalkan sebahagian dari sumbangan peralatan kepada MMU. Ibarat sirih pulang ke gagang, Fix & Go diwakili oleh CEO Fix & Go, Tuan Ts. Azril Hanafi dan juga Business Development Manager, En Shahrul Ikmar yang merupakan alumni MMU.
Keesokannya kami kembali untuk berkongsi dengan pelajar-pelajar baharu pengalaman semasa belajar dan alam pekerjaan sempena minggu orientasi MMU. Antara pesanan penting kepada pelajar baharu, gunakan masa-masa emas sebagai pelajar dengan membuat perancangan jangka panjang dan menyusun tugas-tugas harian. Universiti bukan hanya tempat untuk mendapat segulung ijazah, pelajar juga perlu mengasah soft skill yang akan dinilai oleh bakal majikan semasa mencari pekerjaan nanti.
Terima kasih kepada MMU atas jemputan dan kerjasama ini.