Tips Penjagaan Laptop yang Mampu Bertahan Sehingga 5 Tahun

Tips Penjagaan Laptop yang Mampu Bertahan Sehingga 5 Tahun

7 tips penjagaan laptop

1. Kebersihan laptop

  • Guna dan simpan di tempat yang mempunyai pengudaraan yang baik. Contohnya, pastikan pintu dan tingkap dibuka untuk memudahkan peredaran udara.
  • Bersihkan bilik atau ruang kerja anda daripada debu. Seboleh-bolehnya lakukan dua kali sehari.
  • Sentiasa gunakan laptop di tempat yang rata dan stabil seperti di atas meja.
  • Jangan gunakan di atas tilam, bantal, sofa dan karpet. Nanti cepat panas akibat haba yang terperangkap di dalamnya.

2. Monitor LCD

  • Sebelum menutup skrin pastikan tiada benda tertinggal di atas papan kekunci laptop anda. Contohnya, pen drive, duit syiling, kunci, cincin dan sebagainya.
  • Boleh menyebabkan calar dan pecah sekiranya tidak dialihkan.
  • Tutup skrin LCD menggunakan kedua-dua tangan anda. Tujuannya untuk menjaga engsel (hinge) agar tahan lama.
  • Sekiranya anda mahu alihkan ke meja sebelah, pegang di bahagian bawah atau tapak laptop anda. Jangan sesekali angkat pada bahagian skrin. Engsel boleh tercabut atau patah akibat bebanan yang ditanggung.
monitor lcd
  • Bersihkan skrin dengan pembersih yang dikhaskan sahaja. Jangan gunakan bahan pencuci yang menghakis.

3. Papan Kekunci

  • Gunakan berus yang bersih untuk membersihkan papan kekunci laptop anda.
panduan membeli laptop baru
  • Musuh utama papan kekunci adalah air. Jangan biarkan air menitis atau tertumpah ke atas papan kekunci laptop anda.

4. Bateri

  • Hanya gunakan pengecas (charger / AC Adapter) yang didatangkan bersama-sama dengan laptop anda. Elakkan menggunakan pengecas daripada jenama dan model laptop yang lain.
  • Simpan bateri anda di tempat yang sejuk dan kering. Suhu yang disyorkan adalah dari 10°C (50°F) ke 30°C (86°F). Suhu yang tinggi akan menyebabkan bateri kehilangan cas dengan lebih pantas.
panduan membeli laptop baru
  • Dalam penggunaan biasa, jika tidak terlalu panas (suhu CPU sekitar 40°C ke 50°C) bateri tidak perlu ditanggalkan.
  • Sekiranya ada kerja-kerja grafik dan permainan (suhu melebihi 60°C), bateri harus dikeluarkan daripada soket laptop. Ini untuk mengelakkan pemanasan yang tidak diingini. Ingat, suhu yang tinggi boleh memendekkan jangka hayat bateri anda.
  • Untuk bateri yang tidak boleh ditanggalkan (non-removable battery) anda boleh gunakan cooling pads / cooling stands.
  • Jika anda tidak gunakan laptop untuk satu jangka masa yang lama pastikan cas di dalam bateri ditinggalkan sekurang-kurangnya 50%. Jangan sesekali biarkan cas bateri tersebut kosong.
  • Ini adalah benar dengan bateri yang berasaskan lithium-ion.

5. Perisian

Penting.

  • Setiap laptop mesti dipasang dengan perisian antivirus. Tidak kisah sama ada yang percuma atau berbayar. Ia mampu menangkis laptop anda daripada serangan virus komputer.
  • Salin semua dokumen, foto, muzik dan video secara berkala ke cakera keras mudah alih.
  • Amalkan untuk menyimpan dua salinan data anda di tempat yang berbeza.
  • Jangan muat turun perisian yang tidak diperlukan.
  • Imbas perisian yang dimuat turun dengan antivirus sebelum memasang ke dalam laptop anda.
  • Pastikan sistem operasi Microsoft Windows dan perisian-perisian asas anda sentiasa dikemas kini.

6. Servis

Servis kipas laptop anda mengikut jadual. Untuk yang mahir, pastikan anda membersihkan kipas laptop sekurang-kurangnya 6 bulan sekali atau 2 kali setahun.

  • Pastikan juga anda tukar thermal grease dan thermal pad pada heat sink laptop anda.
  • Format sistem operasi laptop anda 2 atau 3 tahun sekali. Tujuannya untuk membuang semua perisian lama yang tidak diperlukan. Prestasi juga akan kembali pantas seperti baru dibeli.

7. Tips semasa perjalanan

  • Semasa pemeriksaan di lapangan terbang, elakkan laptop anda diimbas dengan menggunakan “human metal detector”. Pastikan ia diimbas dengan alat pengimbas bagasi sahaja.
  • Ketika menaiki kapal terbang, bawalah laptop ke tempat duduk anda. Elakkan menyimpan bersama dengan bagasi anda yang lain.
kebersihan laptop
  • Buat salinan data ke cakera keras mudah alih dan tinggalkan di tempat yang selamat seperti di rumah atau pejabat anda.
  • Jika boleh jangan gunakan rangkaian Wi-Fi di lapangan terbang untuk mengakses maklumat sensitif (seperti akaun bank).

Ikuti tips di atas jika anda mahukan laptop anda mampu bertahan sehingga 5 tahun.

Sumber : AFTech Computer Solutions

About Fix & Go

We will help your organization find the best IT solutions to meet your business strategy.

Headquater

No 10B, Medan Pusat Bandar 1, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia

+603 8923 1058
[email protected]

Office Hours
Mon - Fri 08:30 - 17:30

Outlet

No. 1, Jalan Medan Pusat Bandar 3A, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia

+603 3310 0007
[email protected]

Store Hours
Mon - Sat 09:00 - 18:00