7,154 kes keselamatan siber setakat Julai, paling banyak ‘scam’

7,154 kes keselamatan siber setakat Julai, paling banyak ‘scam’

Tawarkan program CyberSAFE beri kesedaran dan didik masyarakat

BANGI, 28 Zulhijjah 1441H, Selasa – Sebanyak 7,154 insiden keselamatan siber dengan kebanyakannya membabitkan penipuan setakat Julai tahun ini, dedah Ketua Pegawai Eksekutif, CyberSecurity Malaysia, Datuk Dr Amirudin Abdul Wahab.

Beliau mendedahkan insiden penipuan berada pada kedudukan tertinggi dengan 5,319 insiden diikuti pencerobohan dan jenayah siber.

“Dalam kes penipuan mempunyai subkategori salah satunya adalah scam. Scam sebenarnya berpunca daripada kelemahan seseorang individu juga. Mereka mudah ditipu dengan pelbagai kaedah kejuruteraan sosial.

“Justeru penting pengguna internet tidak berkongsikan terlalu banyak maklumat mereka kerana dibimbangi data berkenaan akan diambil pihak lain dan identiti mereka dicuri,” katanya ketika sidang media di Fix & Go IT Specialist di sini hari ini.

Pada masa sama, beliau turut mengingatkan supaya rakyat tidak mudah percaya dengan panggilan kejuruteraan sosial yang konon dakwa dari pihak berkuasa.

Katanya, dakwaan berkenaan membuatkan mangsa terpedaya dan mula membuat transaksi bank sehingga kehilangan ratusan ribu ringgit.

“Kes-kes ini berpunca daripada mangsa tidak tidak sedar wujudnya usaha menipu di alam siber. Kami mendapati kes (penipuan) memang teratas setiap tahun. Motif utama banyak bersifat penipuan mencuri wang secara langsung atau tidak langsung,” katanya.

Dalam pada itu, Dr Amirudin memaklumkan bahawa pihaknya menawarkan program Cyber Security Awareness For Everyone (CyberSAFE) bagi memberi kesedaran pada masa mendidik masyarakat mengenai isu di alam siber.

Beliau berkata, kes-kes seperti penipuan juga dibawa kerana ada masanya modus operandi penjenayah siber ini sama tapi mangsa yang berbeza.

“Kita dapati perkara itu berulang-ulang. Oleh kerana itu kita perkelaskan dalam bentuk ‘job scam’, ‘love scam’, ‘Macau scam’, ‘parcel scam’ dan sebagainya.

“Konsepnya mereka mengambil kesempatan dari kelemahan manusia seperti sifat takut contohnya mereka menakutkan mangsa dengan panggilan polis dan amaran mahkamah.

“Satu lagi dari mereka mengambil kesempatan dari sudut ketamakan manusia,” kata beliau.

Orang ramai boleh melaporkan insiden keselamatan siber ke Pusat Bantuan Cyber999 menerusi saluran e-mel: [email protected],talian bebas tol kecemasan: 1-300-88-2999 ( dari jam 9.00 pagi hingga 9.00 malam), telefon mudah alih di talian 019-2665850 (24 jam) dan khidmat pesanan ringkas (SMS) iaitu CYBER999 ke 15888.

Selain itu pengguna boleh memuat turun aplikasi ‘Cyber999 App di Appstore dan Google Play dan mengisi. borang dalam talian di https://www.mycert.org.my.

Sumber : Ismaweb

About Fix & Go

We will help your organization find the best IT solutions to meet your business strategy.

Headquater

No 10B, Medan Pusat Bandar 1, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia

+603 8923 1058
[email protected]

Office Hours
Mon - Fri 08:30 - 17:30

Outlet

No. 1, Jalan Medan Pusat Bandar 3A, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia

+603 3310 0007
[email protected]

Store Hours
Mon - Sat 09:00 - 18:00