Ada beberapa faktor yang perlu diambil kira bagi memilih dan membeli laptop;
1) Bajet
Membeli laptop tidak semestinya jenama yang mahal seperti Macbook. Cukuplah sekadar dapat menyelesaikan tugasan dengan lancar tanpa gangguan.
Perhatikan bajet anda terlebih dahulu. Setiap peringkat bajet, ada laptop yang bersesuaian untuk keperluan anda.
Anda boleh mempertimbangkan laptop baru atau laptop terpakai. Cari juga testimoni pengguna dan nasihat daripada penjual yang anda yakini untuk mendapatkan pandangan selanjutnya.
2) Spesifikasi Laptop
Bagi anda yang mahir tentang gajet, periksa terlebih dahulu spesifikasi yang ada di dalam laptop ini. Adakah sesuai untuk penggunaan anda?
Spesifikasinya termasuklah sistem operasi, jenis tradisional atau multifungsi, saiz skrin, paparan (display), skrin sentuh (touchscreen), papan kekunci (keyboard), pad sentuh (touchpad), alat pemprosesan, kad grafik, memori, ruang penyimpanan (storage), DVD, USB port dan bateri. Jika anda kurang mahir, skip saja langkah ini.
3) Rekaan
Pastikan reka bentuk laptop yang dipilih memudahkan anda untuk membawanya ke mana sahaja. Menjimatkan ruang penyimpanan sama ada di dalam beg galas atau silang.
Ringan dan keutuhan badan laptop ini mampu bertahan dengan lebih lama untuk beberapa tahun supaya tidak perlulah anda menukarnya selalu.
4) Multifungsi
Laptop yang mempunyai sistem multifungsi 2-dalam-1 iaitu boleh melakukan pelbagai kerja dalam satu masa dan mempercepatkan proses melangsai tugasan anda. Contohnya seperti anda melakukan tugasan teori di Microsoft Word tetapi dalam masa yang sama perlu menggunakan Adobe Photoshop untuk mengedit gambar atau video.
Maka, pilihlah laptop yang mampu menampung penggunaan berkapasiti tinggi agar sistem tidak lagging.
5) Waranti
Sebelum membeli laptop, waranti adalah salah satu perkara utama yang harus anda ambil tahu. Pastikan waranti laptop yang dibeli lebih daripada 2 tahun. Untuk memudahkan anda menghantar kembali ke kilang jika berlaku apa-apa kerosakan (faulty) dalam masa 2 tahun itu.
Sumber: Monaliza