Pentingkah Antivirus Untuk Laptop/PC Anda?

Pentingkah Antivirus Untuk Laptop/PC Anda?

Sebagai pengguna komputer atau laptop, tidak kira sama ada baru atau telah berpengalaman menggunakan peranti tersebut, anda pasti pernah mendengar ancaman-ancaman yang boleh menggugat keselamatan peranti anda.

Sebenarnya tanpa perlu disangkal lagi, ancaman yang dimaksudkan itu ialah virus, malware, spyware serta pelbagai lagi ancaman sebenar kepada anda. Jadi, bagi melindungi komputer anda, amatlah disarankan untuk anda memasang perisian anti virus bagi menjamin keselamatan komputer anda.

Apa itu Virus?

Virus dalam komputer ialah satu program kecil bertujuan merosakkan sistem operasi dan menyebabkan komputer tidak boleh berfungsi dengan baik atau mati terus.

Selalunya virus akan menyerang sektor but (boot sector), fail *.exe dan *.com. jenis-jenis virus ini dipanggil virus but dan virus fail, Terdapat satu lagi virus dipanggil virus macro yang akan merosakkan fail data program Microsoft Word dan Excel.

Apa itu Perisian Antivirus?

Perisian anti virus ialah perisian yang dimuat turun oleh anda bagi melindungi komputer anda sewaktu melayari Internet. Perisian anti virus dapat melindungi komputer dari ancaman Trojan (sejenis virus) . Ia berperanan sebagai pelindung kepada komputer anda bagi menjamin keselamatan data-data, maklumat peribadi, gambar, program serta banyak lagi dari dicuri dan melakukan kerosakan terhadap komputer anda.

Kebiasaannya, virus akan menjangkiti komputer anda ketika melakukan atau melayari laman-laman yang mencurigakan, memuat turun data atau program yang tertentu dari pihak ketiga, dan pelbagai lagi. Kesannya, komputer anda mungkin akan menjadi perlahan dan maklumat peribadi dicuri.

Kelebihan menggunakan anti virus

Menggunakan perisian antivirus boleh mendatangkan beberapa kebaikan kepada anda:

1) Program antivirus boleh memberi perlindungan tambahan apabila membuat pembelian dalam talian, jadi anda tidak perlu risau tentang menggunakan maklumat kad kredit anda.

2) Program anti virus turut bekerja sewaktu anda melayari internet. Program anti virus juga turut bekerja ketika anda menghidupkan komputer anda, jadi ia membuatkan komputer anda selamat serta terjamin sebelum atau ketika melayari internet.

3) Program anti virus yang berkualiti boleh membantu untuk melindungi anda daripada kecurian identiti dengan memusnahkan spyware. Komputer dijangkiti spyware boleh mencuri nombor akaun kad kredit atau kata laluan perbankan anda.

4) Perisian anti virus dengan mudah boleh dikemaskini oleh pengguna-pengguna komputer dengan definisi virus terkini untuk menangkap virus baru apabila ia dikeluarkan di internet. Jadi selari dengan perkembangan virus, perisian anti virus juga perlu sentiasa dikemaskini.

5) Terdapat pelbagai  produk anti virus boleh memberi amaran kepada anda akan laman web berbahaya.

Sumber: akupombegitu & okcssrikembangan

About Fix & Go

We will help your organization find the best IT solutions to meet your business strategy.

Headquater

No 10B, Medan Pusat Bandar 1, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia

+603 8923 1058
[email protected]

Office Hours
Mon - Fri 08:30 - 17:30

Outlet

No. 1, Jalan Medan Pusat Bandar 3A, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia

+603 3310 0007
[email protected]

Store Hours
Mon - Sat 09:00 - 18:00