4) Lebih ringan
SSD merupakan semiconductor memory devices yang dipasang pada papan litar, ringan dan bersaiz kecil.
Ciri-ciri dan bentuk SSD itu sendiri lebih kurang sama dengan HDD (2.5 inci atau 1.8 inci), tetapi casing SSD kebanyakannya diperbuat dari plastic atau besi lembut. Jadi ia lebih ringan.
5) Bunyi lebih senyap
SSD tidak mempunyai bahagian yang bergerak seperti HDD yang berputar (seperti sekeping CD). Disebabkan itu SSD adalah senyap walaupun menggunakan SSD yang bergred rendah.
HDD akan mengeluarkan bunyi seperti disk yang sedang berpusing dan bunyi klik, dan ini tidak berlaku kepada SSD.
6) Jimat kuasa
SSD secara umumnya memerlukan setengah dari satu pertiga kuasa daripada HDD. Kerana SSD menggunakan 2.3 watt sahaja berbanding HDD. Jadi anda boleh jimat penggunaan bateri laptop anda.
7) Tidak mudah rosak jika terjatuh
Seperti yang anda tahu, dalam HDD ada komponen bergerak seperti disk yang berputar serta beberapa komponen lain.
Kalau laptop terjatuh atau kerap terhentak di atas permukaan keras, HDD akan mudah rosak. Biasanya data corrupt dan susah nak dapatkan semula data yang hilang.
Tapi perkara ini tidak mempengaruhi SSD kerana SSD tidak mempunyai komponen bergerak seperti HDD. Ia seperti cip pendrive. Kalau jatuh pun masih boleh bertahan.
Teknologi SSD dan HDD sangat berbeza. Itu sebab harga SSD sedikit mahal berbanding hard disk biasa. Tapi bagi mereka yang mementingkan performance laptop pasti tak akan teragak-agak untuk bertukar kepada SSD.
Sumber: FRLaptopService