1) Laptop Melebihi 1 Tahun
Dalam tempoh penggunaan ini, laptop telah terdedah kepada habuk-habuk kecil dan lama-kelamaan ianya berkumpul menjadi lebih banyak dan tebal terutama sekali pada ruang pengudaraan.
2) Laptop Berhabuk dan Berdebu
Hal ini kerana kawasan persekitaran penggunaan laptop tersebut adalah berhabuk dan berdebu sehingga menyebabkan habuk berkumpul dengan cepat dari kebiasaannya.
3) Laptop Terasa Panas
Kita akan rasa panas sekiranya menyentuh cover laptop. Hal ini disebabkan haba panas tidak dapat keluar dengan baik dari laptop.
4) Kipas Laptop Berbunyi
Perkara ini terjadi disebabkan oleh kipas dan gumpalan habuk bergesel. Ianya boleh juga berlaku kerana kipas terpaksa menggunakan kelajuan penuh untuk menyejukkan laptop kerana laptop terlalu panas.
5) Laptop Terpadam Sendiri
Semasa menggunakan laptop, tiba-tiba ianya terpadam (off) dengan sendiri. Sekiranya kita hidupkan (on) kembali laptop, sekali lagi laptop terpadam dengan sendirinya.
Ini adalah AMARAN TERAKHIR yang diberikan oleh laptop. Sekiranya tidak melakukan cleaning juga, akan berlaku kerosakan pada Motherboard.
Sumber: Zie Computer