Berapa banyak masa yang diperuntukkan sehari untuk anda melayari internet, tidak kiralah sama ada di PC ataupun di telefon pintar anda? Agak lama juga bukan?
Terdapat kemungkinan bahawa anda mungkin telah melakukan beberapa perkara tidak patut anda lakukan ketika berada dalam talian. Oleh itu di sini saya senaraikan, beberapa perkara yang patut/tidak patut anda lakukan ketika berada dalam talian dan melayari internet.
- Jangan Hantar Informasi Peribadi/Sulit
Melalui WiFi Awam
Kelemahan WiFi awam yang paling ketara sekali ialah ia boleh diakses oleh sesiapa sahaja. Jika mereka yang mendapatkan akses tersebut adalah dari kalangan orang yang hanya sekadar mahu menggunakan internet, ianya tidak menjadi masalah.
Namun masalah bermula jika mereka yang tersebut adalah dari kalangan penggodam, mahupun script kiddies yang hanya mahu menguji ilmu newbie yang baru dipelajari. - Gunakan Incognito Mode (Chrome) atau Private Browsing (Firefox)
Perkara ini penting, tambahan lagi sekiranya anda menggunakan komputer selain dari milik anda sendiri, ataupun jika anda ingin meminjamkan komputer anda kepada rakan, maka incognito mode/private browsing dapat membantu untuk tidak merekodkan sebarang data peribadi mereka.
Melainkan anda memang sengaja hendak log masuk ke akaun mereka. Itu bukan hal saya lagi. Tapi kalau ada profit jangan lupa PM tepi. - Jangan Sesekali Kongsikan Nombor Telefon Anda Secara Terbuka
Saya biasa terlihat para pengguna internet yang ‘rajin’ berkongsi nombor telefon mereka di ruangan komen sama ada di Facebook ataupun di blog-blog. Cara yang lebih selamat untuk berkongsi ialah dengan menghantar mesej peribadi (PM) ke inbox individu yang ingin anda kongsikan nombor telefon anda.
Kita tidak tahu, ada mata-mata psiko yang sentiasa mencari jalan untuk merosakkan suasana hidup orang lain. Siapa tahu, nombor anda disalin oleh orang gila seks? Suka? - Jangan Berkongsi Lokasi Percutian Anda Serta Tempohnya
Sebaiknya jika anda ingin berkongsi tentang percutian anda, buatlah apabila anda sudahpun selesai bercuti dan pulang ke rumah. Kenapa?
Apabila anda memberitahu juga tempoh dan tempat percutian anda, ia bererti anda memberitahu seluruh dunia tempoh anda tidak berada di rumah, dan ini memungkinkan anda dirompak orang. Rumah kosong bro, perompak mana yang tak suka? - Jangan berkongsi Kata Laluan Akaun Meskipun Dengan Kekasih
Bukan saya hendak doakan anda yang ‘bukan-bukan’, tetapi manusia boleh berubah. Seseorang yang kelihatan seperti penyayang boleh berubah serta-merta menjadi orang gila apabila ‘triggered‘ oleh sesuatu.
Bayangkan kekasih anda (contohnya lah) secara tiba-tiba menjadi ‘isim’ dan melakukan sesuatu di luar apa yang anda fikirkan. Kata laluan Facebook anda ditukar, dan setiap post-post di Facebook selepas itu adalah sesuatu yang tidak baik untuk imej anda serta keluarga.
Ini adalah satu contoh. Perkara pokoknya jangan sesekali berkongsi kata laluan apa jua akaun dengan sesiapapun.
Jika anda suka artikel seperti ini, sila kongsikan dengan rakan melalui butang-butang di bawah dengan rakan-rakan anda.