SERIUS ZOOM BAHAYA GUNA

SERIUS ZOOM BAHAYA GUNA

KALAU KORANG…

Musim-musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ni ramai pulak tanya kitorang berkenaan isu keselamatan Zoom.

Sebelum ini kami ada komen berkenaan jangan update Windows 10 yang boleh menyebabkan PC/Laptop korang problem.

Rujuk sini : https://www.facebook.com/fixandgo.my/photos/a.380123586074756/687675718652873/?type=3&theater

Kalau ikutkan banyak aplikasi video conference ni seperti Google Hangouts, Skype, Workplace by Facebook,Microsoft Teams, Facetime, Instagram, Whatsapp, Snapchat dan yang tengah popular ketika ini iaitu Zoom.

Heboh sekarang ni macam-macam gosip dan berita keluar mengatakan Zoom telah diceroboh, ribuan akaun telah dicuri serta sidang video yang diceroboh.

Dapat pulak time-time ni ramai yang buat Live FB, Kelas Online, Tuition Online, Forum, ceramah agama, mengaji Quran, macam-macam la tu yang Zoom cepat naik tu.

Sejujurnya kitorg memang pengguna tegar Zoom ni dan kitorg suka giler dgn features-features dia dan software dia yang ‘ringan’.

Secara asasnya nak bagitau korang, apa jua perisian yang kita gunakan untuk apa jua teknologi pasti terdedah kepada ancaman siber.

Kitorg bukan nak backup Zoom, tapi nak kata jenama besar seperti Adobe, Yahoo, eBay, LinkedIn, dan Marriott International antara syarikat yang pernah diceroboh dan melibatkan jutaan akaun pengguna di seluruh dunia.

Risiko ini akan berterusan selagi mana kita menggunakan perisian (software) dan memang betul Zoom mempunyai isu keselamatan yang secara popularnya disebut sebagai ‘Zoom-bombing’.

Cumanya, baru-baru ini Zoom telah membuat beberapa major security update dalam tempoh sebulan dan korang just update sahaja software Zoom korang untuk dapatkan salinan perisian terkini.

Apa-apa pun beberapa tips untuk korang di rumah yang menggunakan apa sahaja perisian Video Conference ni yang dikongsikan oleh CyberSecurity Malaysia (CSM) :-

1) Gunakan perisian yang mempunyai reputasi.
2) Jangan gunakan perisian cetak rompak.
3) Muat turun perisian dari laman sesawang yang rasmi sahaja.
4) Pastikan sesi tele conference tu dipantai dan peserta yang dibenarkan sahaja.

Korang boleh juga perketatkan keselamatan perisian tele conference korang dengan :-

1) Letak kata laluan yang kukuh.
2) Elak kongsi dokumen sulit dan sensitif.
3) Elak bincang perkara sulit dan sensitif.
4) Jangan kongsi pautan atau ID tele conference dengan orang lain.

Kalau korang nak kukuh lagi, boleh beli software Anti Virus kitorg di Shopee https://shopee.com.my/fixandgo dan kitorg jual yang original sahaja. Sori bukan cetak rompak.

About Fix & Go

We will help your organization find the best IT solutions to meet your business strategy.

Headquater

No 10B, Medan Pusat Bandar 1, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia

+603 8923 1058
[email protected]

Office Hours
Mon - Fri 08:30 - 17:30

Outlet

No. 1, Jalan Medan Pusat Bandar 3A, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia

+603 3310 0007
[email protected]

Store Hours
Mon - Sat 09:00 - 18:00