- Pertama dan paling penting!: Tetap tenang, jangan terburu-buru, dan jangan memburukkan lagi keadaan.
Jangan buat apa-apa perubahan pada sistem storan/harddisk yang rosak itu. Jangan simpan fail ke storan/harddisk yang rosak. Sekiranya, file itu disimpan mempunyai Operating System (OS) seperti Windows/Mac, cara terbaik adalah untuk shutdown komputer anda dan buat semua persediaan data recovery pada komputer yang berbeza.
- Belajar lebih lanjut mengenai pemulihan data.
Anda akan memahami bagaimana pemulihan data berfungsi dan apa yang boleh anda harapkan dalam kes anda. Anda juga mungkin dapat menganggarkan peluang untuk pemulihan fail yang berjaya.
- Periksa storan yang terjejas. Jangan bekerja pada storan dengan hardware yang rosak.
Tanda harddisk mempunyai masalah hardware:
◽️ Sistem anda tidak detect harddisk atau ia muncul dengan nama yang tidak normal.
◽️ Harddisk membuat bunyi, bunyi klik , atau bermula dengan perlahan.
◽️ Bad blocks sentiasa muncul di harddisk anda.
◽️ Program pemeriksaan SMART harddisk melaporkan kejadian kegagalan hardware yang teruk.
Penting! Jika harddisk anda hampir rosak, buat image/clone pada harddisk tersebut untuk semua sektor. Jangan cuba menjalankan prosedur imbasan atau pemulihan pada harddisk yang hampir rosak. Ingat, mengganggu harddisk dalam keadaan ini pasti akan menyebabkan lebih banyak kerosakan pada fail anda.
Paling baik, keluarkan duit anda pada perkhidmatan pemulihan data profesional.
Paling teruk, anda akan kehilangan semua data anda untuk selamanya.
Bawa Harddisk anda kepada data recovery professional yang berkelayakan. Mereka mempunyai peralatan, perisian, dan yang paling penting, kemahiran yang diperlukan untuk bekerja dengan harddisk seperti itu.
- Cuba untuk bekerja dengan image harddisk tersebut dan bukannya pada harddisk yang sebenar.
Ini memastikan data anda selamat dari kerosakan data secara tidak sengaja.
- Sediakan storan yang cukup besar untuk menyimpan fail dan gambar yang telah dipulihkan.
Jangan sekali-kali cuba menyimpan fail yang telah dipulihkan pada harddisk yang sama.
- Akhir sekali: jangan beli software data recovery kecuali anda yakin dalam kes anda ianya mampu menyelamatkan fail anda.
Data recovery software yang baik membolehkan anda bekerja dalam mod demo untuk mencari fail yang hilang dan mampu menganggarkan peluang mereka untuk pemulihan yang berjaya.
Harap maklum bahawa walaupun program menunjukkan struktur fail dan folder yang betul, itu tidak menjamin bahawa fail anda akan dapat berjaya dipulihkan. Hanya fail preview yang berjaya sahaja fail akan berjaya dipulihkan.
Credit : r-tools