Update terbaru untuk Windows 10 KB4541335 dikatakan telah menyebabkan masalah kepada banyak PC dan laptop. Pengalaman kami di Fix & Go telah membenarkan kesasihan berita ini.
Ramai yang mengadu kepada kami bahawa Windows mereka akan tersekat di Windows Recovery Enviroment seperti di dalam gambar. Apabila mereka cuba Startup Repair sekalipun, mereka akan terus tersekat di skrin paparan yang sama. Kami menerima banyak mesej yang sama dari Free Remote IT Support yang kami lancarkan sempena Tabung Perwira Covid-19.
Ini terjadi apabila Windows yang cuba diinstall bermasalah, maka Windows tidak dapat memperbaiki dirinya dan terus tersekat di skrin paparan yang sama.
Antara cara hendak mengatasi masalah ini adalah bagi yang belum terkena adalah dengan menghentikan Windows Update anda buat masa ini:
Start > Settings > Update & Security > Advanced Options > Pause Updates > Pause until > [Pilih tarikh paling hujung]
Bagi yang sudah terkena, anda boleh cuba membuat Windwos 10 Installation Media di pendrive sekurang-kurangnya 8GB dan membaiki laptop anda dari itu:
https://www.microsoft.com/en-au/software-download/windows10
Namun begitu, cara ini agak advanced bagi siapa yang tidak biasa. Kami sarankan bagi kepada mereka yang tahu dan faham mengenai komputer.