Sepertimana yang kita tahu, Graphic card adalah antara benda penting perlu ada di dalam sebuah sistem komputer untuk kerja-kerja berkaitan grafik. Seperti menyunting video, membuat aplikasi 3D, menyunting gambar dan sebagainya.
Untuk pengguna biasa, kita mengenali jenama seperti AMD serta Nvidia. Prestasi dari kedua-dua jenama tersebut sudah cukup untuk kegunaan harian pengguna. Tetapi, Berbeza pula untuk kegunaan server dimana penggunaan grafik lebih intensif. Untuk kegunaan server, Nvidia telah mengeluarkan model Tesla manakala AMD mengeluarkan model Radeon Instinct.
Didalam pasaran server inilah Huawei ingin ceburi. Syarikat gergasi China itu mungkin akan menggunakan processor Ascend 910 AI mereka yang dikhabarkan 2 kali lebih laju berbanding Nvidia Tesla V100.
Ianya masih lagi samar-samar. Tiada kenyataan rasmi daripada Huawei sendiri. Apa yang bakal digunakan oleh Huawei juga tidak dapat dinyatakan sebenar-benarnya.