Perancangan Intel ini telah dibocorkan oleh warga Reddit dimana Intel merancang untuk menghasilkan beberapa produk menggunakan teknologi 10nm.
Antara produk yang akan dihasilkan adalah:-
– Alder Lake(Processor untuk pengguna biasa)
– Tiger Lake(Processor untuk laptop)
– DG1(Graphic Card)
Generasi Alder Lake dijangka akan dilancarkan bersama dengan Generasi LakeField, iaitu System-on-a-chip yang sedang dibangunkan oleh Intel. Alder Lake dijangka akan menggunakan 8 core kecil dan 8 core besar dan hanya menggunakan 80W TDP.
Tiger Lake Mobile CPU pula dilancarkan untuk menggantikan generasi Ice Lake Mobile CPU tahun lepas. Tiada sebarang maklumat tentang DG1 Graphic Card yang bakal dilancarkan oleh intel. Jadi, kami tidak boleh memberikan sebarang anggapan berkenaan Graphic Card tersebut.