NVIDIA GTX1650 KINI MENGGUNAKAN GDDR6!

NVIDIA GTX1650 KINI MENGGUNAKAN GDDR6!

NVIDIA telah mengeluarkan entry level graphic card mereka itu pada tahun April 2019. Tetapi pada asalnya, ianya menggunakan cip memori GDDR5. Tetapi pada tahun ini, NVIDIA telah menaiktaraf graphic card tersebut kepada GDDR6 tanpa pengumuman yang mengejut.

Mengapa?

NVIDIA memberitahu pemberita bahawa ianya disebabkan oleh kekurangan stok bagi cip memori GDDR5. Untuk mengelakkan sebarang kekurangan stok di pihak penjual, NVIDIA mengambil keputusan untuk menggunakan cip memori GDDR6.

Bagaimana dengan prestasi?

Semestinya lebih pantas, bukan? Walaupun masih menyediakan 4GB memori, GTX 1650 GDDR6 akan bekerja dengan memori yang lebih pantas iaitu 12Gbps berbanding 8Gbps semasa menggunakan cip memori GDDR5.

Walaubagaimanapun, frekuensi memori tersebut direndahkan daripada 1485Mhz kepada 1410Mhz. NVIDIA berbuat demikian untuk mengelakkan prestasi GTX 1650 menyamai GTX 1650 Super.

Benchmark rasmi masih lagi tidak keluar. Jadi, prestasi di dunia nyata masih lagi belum dikenalpasti. Tetapi, sudah semestinya ia lebih laju berbanding versi sebelumnya.

About Fix & Go

We will help your organization find the best IT solutions to meet your business strategy.

Headquater

No 10B, Medan Pusat Bandar 1, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia

+603 8923 1058
[email protected]

Office Hours
Mon - Fri 08:30 - 17:30

Outlet

No. 1, Jalan Medan Pusat Bandar 3A, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia

+603 3310 0007
[email protected]

Store Hours
Mon - Sat 09:00 - 18:00