Semasa keadaan Perintah Kawalan Pergerakkan, Ramai pekerja, majikan, mahupun peniaga kecil-kecilan menjalankan perniagaan atau membuat kerja dari rumah. Ini menyebabkan cara seseorang bekerja itu berubah terutama sekali bekerja secara atas talian atau “online”. Cara ini membuatkan data syarikat berisiko untuk tersebar atau bocor. Berikut adalah cara-cara untuk memastikan data-data syarikat selamat.
1) Pastikan alamat email klien anda adalah betul.
Periksa samada alamat email pelanggan anda betul dan bukan alamat email orang lain atau pishing mail dan periksa ejaan alamat email tersebut.Jika tidak, Ianya boleh mengakibatkan data syarikat tersebar kepada orang-orang yang tidak sepatutnya.
2) Jangan gunakan email persendirian untuk menghantar atau menerima dokumen
Gunakan email syarikat untuk menerima atau menghantar dokumen berkaitan syarikat. Anda tidak tahu samada email anda telah digodam atau tidak.
3) Elakkan dari menggunakan WiFi awam untuk mengakses data syarikat
Pastikan anda menggunakan WiFi yang selamat dan anda tahu sumbernya supaya data syarikat anda bekerja tidak digodam melalui WiFi yang anda tidak ketahui.
4) Elakkan guna Hotspot dari telefon bimbit anda
Anda tidak tahu samada Telefon anda telah dijangkiti oleh spyware atau tidak. Jika ya dan anda menggunakan Hotspot telefon bimbit anda, penggodam boleh mengetahui data yang anda akses.
5) Pastikan Email yang anda terima betul atau tidak
Pada waktu krisis begini, penggodam mengambil peluang untuk menghantar email-email pishing kepada pengguna. Periksa alamat email dan mesej didalam email tersebut adalah sah. Kalau anda tidak pasti, hubungi syarikat yang menghantar email tersebut.