Bagi seseorang pengguna komputer riba (laptop) ianya tidaklah asing kerana sentiasa menjadi buah mulut mereka sebelum membeli sesebuah komputer riba.
Antara soalan yang selalu bermain difikiran mereka ialah “Apa beza Mac dengan Windows ek??” sama juga seperti pengguna telefon pintar “Mane lagi ok ekk, iPhone ke android (samsung, xiaomi dan lain2)???
Jadi hari ni kita akan lihat perbezaan yang ketara kenapa ada sesetengah orang dia pilih Mac, setengah lagi pilih Windows.
Ringkasan Perbandingan
1) Penciptaan Peranti
» Mac: Apple, Inc
» Windows: Microsoft
2) Ciri Keselamatan
» Mac: lebih selamat kerana sudah tersedia/terbina di dalam sistem
» Windows: Kurang sedikit kerana perlu membeli anti-virus
3) Keperluan
» Mac: Selalu digunakan untuk perkhidmatan grafik dan multimedia
» Windows: sering digunakan untuk perniagaan.
4) Harga
» Mac lebih mahal berbanding Windows walaupun spesifikasinya sama.
5) Penyelesaian Masalah
» Mac lebih mudah berbanding Windows