Hard disk akan menunjukkan beberapa simptom yang menandakan ianya bakal rosak. Tetapi kalau nasib anda tidak baik, hard disk anda tidak akan menunjukkan gejala tetapi terus rosak dan tidak dapat digunakan.
Jikalau PC atau laptop anda mempunyai simptom-simptom tersebut, Backup data anda terlebih dahulu di hard disk lain atau di dalam cloud untuk mengelakkan kehilangan data peribadi.
Antara simptom-simptomnya adalah :-
- Laptop atau PC sangat perlahan
- Peranti kerap hang atau sangkut
- Bunyi “tick-tick” atau bergesel pada hard disk
- Kerap berlaku “Windows Startup Repair” semasa boot
- kerap berlaku “Hard Drive not found” semasa boot
Apa puncanya? Haa! elakkan dari melakukan perkara-perkara tersebut kepada hard disk anda!
1) Power off peranti tidak betul
Elakkan daripada force off PC anda dengan menekan butang ON selama 3-5 saat. Dan gunakan “safely remove hardware and eject media” untuk Extenal Hard Disk. Fungsinya adalah untuk mematikan External anda dengan betul dan tidak mengejut
2) Terjatuh
Impak yang kuat pada Hard disk akan membuatkan ianya bergegar dan komponen di dalam hard disk lari dari tempat asalnya.
3) Panas
Walaupun hard disk tidak menghasilkan haba yang tinggi, memastikan persekitaran hard disk tidak berhabuk juga penting kerana hard disk juga memerlukan udara yang bersih untuk mengekalkan suhu yang ideal
4) Kerosakkan Fizikal
Walaupun hard disk adalah teknologi yang sudah lama berkembang, ianya masih tidak sempurna. Dengan itu, kerosakkan hard disk walaupun ianya baru adalah tidak mustahil.
5) Firmware rosak
Firmware rosak kerap berlaku kepada hard disk berjenama Seagate. Ianya akan membuatkan hard disk tersebut tidak dapat dibaca dan data akan hilang.