Pada 24 Mac yang lalu, Microsoft telah mengeluarkan update iaitu, Windows 10 KB4541335, dimana ianya dibuat untuk membaiki beberapa “bug” pada Windows 10 Versi 1909 dan 1903.
Malangnya, update tersebut telah mendapat beberapa “bug” baru dimana pengguna akan merasakan PC atau laptop mereka menjadi perlahan, permainan game crash, dan yang paling teruk adalah Blue Screen semasa melayari youtube.
Sehingga kini, Microsoft masih lagi tidak memberi sebarang respon berkenaan “bug” tersebut update untuk membaiki “bug” tersebut juga masih belum dikeluarkan. Pilihan yang ada adalah, pengguna boleh uninstall semula update tersebut untuk menyelesaikan masalah yang tercipta oleh update tersebut.