Berita ini sangat mengejutkan bagi penggemar processor AMD. Kelajuan AMD Ryzen 7 4800H,processor terbaru untuk laptop dari AMD mempunyai skor sebanyak 15300. Manakala processor untuk desktop, AMD Ryzen 7 3700X, mempunyai skor sebanyak 17700 didalam test 3DMark 11. Hanya 14% perbezaan disitu.
Kebiasaannya, processor untuk laptop 50% lebih perlahan berbanding untuk desktop. Tetapi, Bagaimana AMD boleh berbuat sedemikian?
AMD telahpun menggunakan transistor bersaiz 7nm pada processor Ryzen 3000 Series. Secara asasnya, lebih kecil transistor,lebih banyak transistor yang boleh diletakkan didalam satu cip processor.
Didalam Ryzen 4000 Series, AMD telah menambahbaik 7nm transistor mereka berbanding Ryzen 3000 Series. Ini menyebabkan processor tersebut dapat bekerja dengan lebih pantas dan lebih efisien.
Dijangkakan processor Ryzen 4000 Series laptop akan lebih jimat tenaga, iaitu sebanyak 77% dengan hanya perbezaan prestasi sebanyak 30% berbanding untuk desktop.
Nampak menarik, bukan? laptop sama laju dengan PC di pejabat atau rumah.