Kini Intel 10Th Generation(Comet Lake) sudah bersedia untuk melawan AMD Ryzen 3000 Series
Intel bakal mengeluarkan desktop processor generasi ke-10 mereka pada tahun 2020 ini dan diberi nama Comet Lake. Ianya penambahbaikan dari generasi sebelum ini, iaitu Cannon Lake. Intel Core i9-10900K, processor terkuat untuk generasi ke-10 ini dimuatkan dengan 10 core dan 20 thread, berkelajuan 3.7GHz dan boost sehingga 4.8GHz untuk semua core, dan 5.2GHz untuk single core.
Nampak meyakinkan,bukan? Tetapi, Intel masih lagi menggunakan transistor bersaiz 14nm. Manakala AMD sudahpun menggunakan 7nm transistor. Ianya menyebabkan saiz processor lebih besar dari generasi sebelum ini. Ini juga menandakan bahawa, pengguna yang ingin menggunakan processor baru Intel ini, perlu menaiktaraf Motherboard mereka sekali.
TDP processor tersebut juga lebih tinggi iaitu 125W, berbanding processor terkuat AMD, iaitu Ryzen 9 3900X dengan hanya 105W. Secara teorinya Intel dapat bersaing dengan AMD. Tapi itu hanyalah teori. Real World Benchmark masih belum dapat dikenal pasti. Mari kita tunggu dan lihat persaingan dari 2 Syarikat gergasi ini.
Kredit:- Techradar,wccftech
P/S: Dulu orang suka cakap AMD panas.. Sekarang ni Intel akan lebih panas daripada AMD.