Ya betul tu!
Pasti anda terkejut apabila mengetahui tentangnya.
Dikeluarkan oleh Kioxia, nama baru bagi Toshiba Memory telah mengeluarkan SSD Kioxia BG4 NVME PCIe Gen3 X4 mempunyai saiz storan sehingga 1024GB dengan saiz hanya sebesar ibu jari. Kalau diikutkan layout, hanya ada satu chip sahaja, didalam cip itulah terdapat controller dan storage untuk SSD tersebut.
Nampak meyakinkan, bukan? Syarikat dari Jepun menghasilkan SSD bersaiz kecil tetapi berkapasiti besar. Tapi mana DRAM untuk SSD tersebut? Bukan ke DRAM tu penting untuk jangkahayat SSD? Adakah SSD ni mempunyai jangkahayat yang rendah?
HAAA!! inilah kelebihan SSD ini. walaupun ianya tidak mempunyai DRAM, tetapi disebabkan oleh kelajuan “interface” PCIe, SSD ini sudah diprogram untuk menggunakan RAM PC atau LAPTOP korang dan merizabkan beberapa MegaByte untuk digunakan sebagai DRAM SSD tersebut.
Speed? sama dengan SSD NVME bersaiz normal!! Mana nak dapat? Malangnya SSD ini tidak boleh dibeli di kedai biasa, hanya boleh didapati didalam notebook-notebook atau tablet-tablet baru yang menawarkan storan hingga 1TB.
Credit: LinusTechTips