10 Tips Penggunaan Komputer Secara Selamat

10 Tips Penggunaan Komputer Secara Selamat

Assalamualaikum, hari ini kami akan kongsikan tips-tips menggunakan komputer dengan selamat!

1) Patch

  • Tetapkan komputer anda untuk menerima update perisian dan sistem operasi secara automatik. Komputer yang tidak diupdate akan lebih senang dijangkiti virus dan dieskploitasi.

2) Pasang perisian perlindungan

  • Memasang perisian perlindungan seperti antivirus dalam komputer anda amat penting bagi memastikan komputer sentiasa dilindungi daripada virus, malware, worm, trojan dan sebagainya. Sebolehnya gunakan antivirus yang berlesen kerana ia memberi perlindungan yang lebih baik berbanding antivirus yang percuma.

3) Pilih kata laluan yang kuat

  • Pilih kata laluan yang kuat untuk komputer anda dengan menggabungkan nombor, huruf dan aksara khas. Anda juga dinasihatkan untuk selalu menukar kata laluan anda untuk mengelakkan komputer anda daripada senang diceroboh.

4) Backup data

  • Ingat, Sentiasa backup data atau fail-fail penting yang terdapat dalam komputer anda! Sekiranya perkara-perkara yang tidak diingini seperti kes kecurian, kebakaran atau terpadam fail secara tidak sengaja berlaku, anda masih mempunyai salinan terhadap fail-fail tersebut. Lakukannya sekerap yang boleh.

5) Kawal akses penggunaan komputer

  • Pastikan anda log keluar daripada akaun sebelum meninggalkan komputer anda, walaupun untuk seketika.

6) Gunakan Internet dan emel secara selamat

  • Sekiranya anda ingin memuat turun fail daripada Internet atau emel, pastikan sumber tersebut adalah sumber yang boleh dipercayai.

7) Gunakan rangkaian / sambungan yang selamat

  • Pastikan anda menggunakan rangkaian atau sambungan yang selamat ketika menggunakan Internet terutamanya ketika melakukan transaksi pembayaran atas talian atau ‘online banking’.

8) Lindungi data yang sensitif

  • Encrypt data-data penting anda untuk mengurangkan risiko kecurian identiti dan menghalang pihak luar daripada mengeskploit data anda.

9) Pasang firewall desktop

  • Gunakan firewall desktop untuk melindungi fail-fail dalam komputer anda daripada dicerobohi.

10) Sentiasa Update

  • Pastikan anda sentiasa peka dengan perkembangan terkini sistem operasi seperti Windows dan Unix. Anda boleh mendapatkan perkembangan tersebut dengan melayari laman web rasmi mereka.

Sumber: Infotech

Harap sedikit sebanyak dapat menambah pengetahuan kita tentang komputer.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

About Fix & Go

We will help your organization find the best IT solutions to meet your business strategy.

Bandar Baru Bangi

No 10B, Medan Pusat Bandar 1, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia

+603 3310 0007
hello@fixandgo.my

Store Hours
Mon - Fri 09:00 - 20:00