Semasa proses membina atau membeli sesebuah PC atau laptop, harddisk adalah antara komponen utama yang menjadi pilihan. Dari segi kapasiti, jenama, hinggalah kelajuan harddisk tersebut. Hari ini saya ingin berkongsi maklumat berguna semasa proses pemilihan harddisk. Adakah anda akan membeli harddisk atau hard drive (HDD) yang selalu diguna ataupun menggunakan solid state drive (SSD). Mesti anda tertanya-tanya, yang manakah lebih bagus dan berbaloi? Apakah pula perbezaan antara kedua-duanya.
Jadi hari ini saya huraikan sedikit tentang jenis, kelebihan dan kekurangan antara kedua-duanya.
Hard Disk Drive (HDD)
Kita mulakan dengan harddisk atau hard drive (HDD). Pertama kali HDD diperkenalkan oleh IBM pada tahun 1956. HDD menggunakan medan magnet untuk menyimpan data pada piring (platter) yang berputar. Semakin laju platter tersebut berputar, semakin laju/pantas respon HDD tersebut. HDD yang berada dipasaran selalunya diantara 5400 RPM (Rotation Per Minutes/Putaran Per Minit) ataupun 7200 RPM. Sesetengah HDD mempunyai kadar putaran sehingga 15000 RPM. HDD juga mempunyai 2 saiz yang berbeza iaitu 2.5 inci (selalunya digunakan pada laptop/external harddisk) dan 3.5 inci. Selain daripada saiz, perbezaan connector juga dapat dilihat. Antara 2 jenis connector yang saya tahu adalah IDE dan Serial ATA/SATA.
Bagi IDE, ia mempunyai 40 pin berbanding dengan sata yang hanya mempunyai 7 pin. Tahap kelajuan proses pemindahan data juga berbeza untuk kedua-dua HDD ini. Bagi ID, ia mempunyai kelajuan memindahkan data dari 5MB/saat hingga 133MB/Saat. Manakala SATA, ia mempunyai kelajuan dalam lingkungan 150MB/Saat. Terdapat juga jenis SATA yang dapat menggandakan jumlah kelajuan memindahkan data sehingga 300MB/saat. Lain-lain adalah pada saiz kabel sambungan HDD itu sendiri yang mana IDE lebih besar berbanding daripada SATA.
Solid State Drive (SSD)
Seterusnya saya ingin memperkenalkan serba sedikit mengenai SSD. Mungkin anda biasa dengan ‘term’ pendrive ataupun USB drive. Bagi pendrive, ianya menggunakan mikrocip untuk menyimpan data. Jadi dengan lebih mudah SSD ini adalah menyerupai pendrive yang telah dibesarkan kapasitinya. Selalunya SSD ini diperbuat dari NAND-based flash memory atau dengan kata lain ianya menggunakan non-volatile memory. Ada ura-ura mengatakan SSD akan kehilangan data secara tiba-tiba selepas bertahun, tetapi ianya hanyalah mitos semata-mata. Disebabkan SSD tidak mempunyai piring yang berputar, ia mampu membuatkan proses pemindahan data dengan laju. Sebagai contoh, SandForce SATA 3.0 (6 GB/s) mampu melakukan proses pemindahan data hingga ke 500MB/saat. Hingga ke hari ini, saya hanya mengetahui SSD mempunyai satu saiz sahaja iaitu 2.5 inci. Kabel sambungan menggunakan soket SATA.
Perbandingan antara Hard Disk Drive (HDD) & Solid State Drive (SSD)
ITEM
HDD
SSD
Kapasiti
Boleh didapati dari 320GB hingga ke 2TB
Sukar mendapatkan kapasiti yang tinggi. 256GB adalah kapasiti paling tinggi untuk SSD bersaiz 2.5 inci
Kelajuan Read/Write
Dalam lingkungan dari 50 – 120MB/s
Selalunya melebihi 200 MB/s dan terdapat yang mempunyai kelajuan 500 MB/s atau lebih
Encryption
Full Disk Encryption (FDE) pada sesetengah model
Full Disk Encryption (FDE)
Bunyi
Kadang-kadang ianya menghasilkan bunyi putaran.
Tiada bunyi yang dihasilkan.
Terjejas Dengan Magnet
Magnet boleh memadam data
Selamat dari sebarang magnet
Penggunaan Kuasa
Menggunakan kuasa elektrik lebih tinggi. Jika hanya menggunakan bateri, ia akan mempercepatkan lagi pengurangan kuasa bateri.
Penggunaan kuasa elektrik yang rendah. Dapat menjimatkan penggunaan kuasa bateri sehingga lebih 30 minit.
Kelajuan Membuka/Membaca Fail
Perlahan daripada SSD
Sehingga 30% lebih cepat daripada HDD
Kadar Haba
Tidak menghasilkan haba yang tinggi. Tetapi ianya lebih tinggi berbanding SSD kerana mempunyai komponen yang berputar
Masih menghasilkan haba tetapi tidak terlalu tinggi.
Semoga dengan perkongsian ini dapat memberikan sedikit sebanyak tips yang terbaik untuk laptop atau PC kesayangan anda.
Sumber rujukan: Piratz.my