1) Pastikan aplikasi komputer anda sentiasa dikemaskini
Pastikan sistem pengendalian (oeprating system) anda dikemas kini. Kemas kini komputer diperlukan untuk mengenalpasti ketidakserasian program, sebarang kesilapan serta kelemahan keselamatan komputer tersebut. Kemas kini automatik atau kemaskini tepat pada masanya boleh membantu mengelakkan sebarang akses atau kecurian maklumat yang tidak dibenarkan.
2) Gunakan Software Antivirus
Dengan menggunakan perisian anti-virus, anda boleh menghalang virus daripada menjangkiti komputer riba atau PC anda. Sebagai peringatan, kemaskini komputer riba anda secara berkala supaya anda akan menerima perlindungan yang optimum.
3) Buka Firewall
Firewall merupakan talian pertahanan pertama di atas talian. Ia berfungsi sebagai penghalang antara rangkaian yang dipercayai dan tidak dipercayai dengan menyekat sambungan dari mana-mana tapak yang tidak diketahui atau berbahaya dan menghalang virus. Firewall juga melindungi anda dari mana-mana percubaan yang tidak dibenarkan untuk mengakses komputer anda.