Fix & Go dan Cybersecurity Malaysia akan bekerjasama untuk membangunkan makmal pemulihan data (Data Recovery Lab) di Bandar Baru Bangi bagi memenuhi keperluan pasaran tempatan.
Melalui inisiatif ini, orang ramai boleh menghantar peranti mereka untuk mengembalikan data yang hilang, pembersihan data atau sanitasi dan pembaikan kerosakan fizikal peranti menggunakan teknologi serta kepakaran diiktiraf di peringkat antarabangsa.
Terima kasih kepada Pengurus Industri dan Pembangunan Perniagaan CyberSecurity Malaysia, Encik Izwadee Hamzah yang memberi peluang kepada kami dalam program perlesenan MyCyberSecurity Clinic ini.
Turut hadir dalam sesi yang sama adalah Pengarah Urusan, Encik Azril Hanafi dan Ketua Pegawai Teknologi Fix & Go, Encik Mohd Haaziq Yusof.